Khamis, 23 September 2010

Mengenali Memori (RAM)

Kali ini kita akan membincangkan berkenaan dengan memori atau RAM (Random Acces Memory).

RAM memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi sesuatu sistem komputer yang hendak dibina. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai CC enjin pada kereta. Semakin besar CC atau kapasitinya, lagi lajulah ia. RAM yang besar membolehkan sistem anda berupaya untuk membolehkan banyak program beroperasi secara serentak, meningkatkan kelajuan program dan memainkan permainan dan multimedia dengan lebih baik.


OK, Sekarang kita akan mengenali RAM dengan lebih dekat. Gambar di bawah menunjukkan contoh komponen RAM yang terdapat dipasaran.


Ianya berupa seperti barisan cip yang disusun secara berturutan pada papan litar. Gambar di bawah pula menunjukkan soket untuk menempatkan RAM pada motherboard dan kedudukannya pada motherboard.

Sebelum anda membeli sesuatu RAM, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu, iaitu :


Boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Bagi RAM jenis SD RAM :
Ditarafkan mengikut perkadaran langsung jam memori, bermula dari 66MHz hingga 133MHz. Dinyatakan dengan meletakkan huruf PC di hadapannya. Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 133, dirujuk sebagai PC133 SDRAM.
2. Bagi RAM jenis DDR dan DDR2:
Ditarafkan berdasarkan perkadaran langsung jam memori atau lebar jalur pada memori tersebut.
Nilai perkadaran memori akan didahului dengan huruf DDR atau DDR2. Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 400Hz, dirujuk sebagai DDR 400MH atau DDR2 400MHz.
Berbeza dengan cara perkadaran langsung jam yang dinyatakan dalam unit megaHertz (MHz), kadar jalur lebar nyatakan dalam unit megabit per saat (Mbps). Dinyatakan dengan meletakkan PC dihadapannya. Berikut adalah penarafan standad kadar langsung jam kepada kadar lebar jalur :

266 MHz = 2100Mbps
333 MHz = 2700 Mbps
400 MHz = 3200 Mbps
533 Mhz = 4200 Mbps
667 MHz = 5300 Mbps

Contohnya RAM beroperasi pada kelajuan 400 MHz akan dirujuk sebagai DDR PC3200 atau DDR2 PC3200.
Dinyatakan dalam unit Bait. Nilai terkini kapasiti RAM adalah Gigabait (GB).


Membaca parameter pada RAM.
Perhatikan gambar di bawah
perhatikan label (pelekat putih) pada RAM. Pada bahagian bawah sekali, terdapat parameter seperti berikut : 256MB DDR PC 2100
256MB = kapasiti RAM.
DDR = Jenis RAM.
PC2100 = Kelajuan RAM mengikut kadar lebar jalur, atau jika megikut kadar langsung jam adalah 266MHz.
Bagaimana hendak membeli RAM?
Jika anda hendak membeli RAM dari kedai, pastikan anda mengikut format berikut :
(kapasiti RAM, jenis RAM, kelajuan RAM)

Contohnya, anda hendak membeli RAM 256MB DDR kelajuan FSB 266MHz, anda perlu menyebut 
RAM DDR 256MB bus speed 266.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan