Selasa, 30 November 2010

TIPS MENJAGA LAPTOP!







Baiklah pada post kali ini,saya akan memberi anda sedikit panduan cara untuk menjaga laptop.Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...

Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda,Saya akan tambah tips ini di post yang akan datang :



  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
  • Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

VIRUS

Jenis-jenis virus

Virus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail serta jumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis-jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan dan mampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virus sektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virus Multipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut :
  1. Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yang menggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkiti fail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepada fail .COM tersebut.
  2. Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi.
  3. Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod boot utama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain. Contoh Tequila dan Anticad.
  4. Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar fail tersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II.
  5. virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form dan Stoned.
  6. TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan dan menjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan. Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar.
  7. Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.

Ciri-ciri virus

Pertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1 seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil.
Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan menduduki bahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan ia tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.

Akibat virus

Pernahkah komputer anda berhenti berfungsi setelah anda menyalin sebuah fail ke dalam cakera keras anda? Pernahkah komputer anda berbunyi dan tergantung (terhenti) dan anda tidak dapat menjalankan “boot” semula dengan menekan kekunci Ctrl-Alt-Del? Pernahkah cakera keras anda kehilangan data dan semua isi cakera keras itu hilang atau terpadam? Ini hanyalah satu ciri kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer.
Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer. Virus mampu merosakkan :
  • cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama.
  • perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM.
  • memadamkan fail dari cakera keras.
  • merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.
  • mengubah aturcara dengan memberikan laluan kepada penceroboh.

Bagaimana ia merebak

Biasanya virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektor boot dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan pada komputer lain. Biasanya anak-anak membawa disket rakan mereka untuk digunakan di rumah dan disket rakan mereka dijangkiti virus. Seterusnya komputer mereka dirumah dijangkiti kemudian tanpa disedari menyalin kerja sekolah dari komputer tersebut ke dalam disket dan disket itu digunakan dalam makmal sekolah. Hasilnya seluruh rangkain komputer sekolah dijangkiti virus.

Mencegah virus

Virus boleh dihalang dengan mengadakan satu tatacara pencegahan iaitu periksa disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. Perisian anti virus yang boleh digunakan ialah Norton Anti Virus, McAfee Anti Virus, Dr Solomon Anti Virus, F-Prot 2.23, PcCilin 95, Thunderbyte 7.01, F/Win Anti Virus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti virus dikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6 bulan. Pengemaskinian ini perlu dilakukan kerana virus akan berubah dan virus baru akan muncul setiap bulan. Tiada satu perisian anti virus yang mampu menghapuskan semua virus kerana setiap perisian mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Anti virus yang dicadangkan ialah Norton Anti Virus dan Mc Afee Anti Virus.