KOMIK



    1. NARUTO




Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat sekitar terhadap dirinya. untuk membaca kisah naruto klik : Naruto Manga - Read Naruto Manga Online at MangaHere.com








    2. PRINCE OF TENNIS



Siri yang bertemakan sukan ini berlatarkan kota Tokyo, di mana watak utamanya, Ryoma Echizen memasuki sekolah menengah rendah Akademi Seishun  singkatannya "Seigaku"  yang terkenal kerana kelab tenisnya yang mantap dan pemainnya yang berbakat. Namun, Ryoma menunjukkan kehebatannya dengan kemampuannya untuk menewaskan pemain tenis lama dengan pengalamannya merangkul kejuaraan pertandingan tenis junior di Amerika Syarikat sebanyak empat kali. Ryoma bergaul dengan sahabat barunya dan berkongsi taktik bermain tenis agar dapat membantu kelab tenis Seigaku menerajui pertandingan tenis berpasukan sekolah menengah seluruh Jepun. untuk membaca kisah naruto klik : Prince of Tennis Manga - Read Prince of Tennis Manga Online at MangaHere.com